Tuesday 13 December 2011

Sejarah muzik rock di Malaysia

Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya
muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan
menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock,
Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.
Album hasil Battle Of The Band 1.
Album hasil Battle Of The Band 2.
Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di
Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983. Dalam pertandingan
ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Berikutan
dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun
berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam
pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat
pertama, Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan
tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.
Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan Juara Rock ini
turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival
Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Gagasan
Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin
banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di
Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan
Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).
Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa
siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan
Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar ')), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica,
dan Pesta Hiburan Kingsway. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai
Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa Battle Of The Bands.
Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum
dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran
media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian
tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti Radio & TV RTM, kecuali sekiranya
mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai digam RTM oleh
masyarakat umum.
Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah
kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur
negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti TV 3 menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah
bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, May dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.
Di samping itu, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena "underground". Tanpa siaran TV ataupun radio,
kumpulan rock seperti Cromok, FTG dll masih berjaya mengumpul peminat.
Filem terbaik yang berjaya menampilkan muzik rock 80-an versi Malaysia adalah tidak lain daripada filem Rock
(Disember 2005) oleh Mamat Khalid.
Maklumat-maklumat tambahan lain juga boleh didapati di http:/ / www. lagendarock. com
Sejarah muzik rock di Malaysia 2
Daftar Gagasan Rock Malaysia
• Juara Rock (1983)
• Juara Rock (1984)
• Festival Rock (1984)
• Battle Of The Bands 1 (1986)
• Clash Of The Bands 1 (1986)
• War Rock 1 (1986)
• Battle Of The Bands 2 (1987)
• Clash Of The Bands 2 (1987)
• War Rock 2 (1987)
• War Rock 3 (1988)
• Hikayat Rok 88 (1988)
• Kumpulan Muzik Tenggara (1988)
• Pancakara Di Cakerawala (1988)
• Batu-Batu Perjuangan (1988)
• Clash Of The Bands 3 (1988)
• Rock Galactica 88 (1988)
• Pesta Hiburan Kingsway ????

0 comments:

Post a Comment

Sponsors